Saturday, January 7, 2012

Hati Menangis Siapa Yang Tahu?? ( Allah lah Yang Tahu..(^^,) )

 
 Hari ni nak post lain sikit..;)

Semoga ujian yang Allah beri menyedarkan aku apa erti kehidupan yang sebenar
Baru sedikit ujian yang Allah beri, tapi hati mula merungut dan sedih
Mungkin apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya n nak buat kita lebih dekat dengan Allah
Dapat markah sikit dalam exam, mungkin Allah nak uji kita n nak suruh kita usaha lebih n yang paling penting jangan lupa bersyukur n berdoa kepadanya,
Pensyarah asyik attack kita je n tengok macam tak suka kita, kita fikir dia tak suka dekat kita tahu nak marah2 n prasangka buruk dekat kita, mungkin disebalik itu pesyarah tu nak rapat dengan kita n cuba nak tolong kita berjaya
takda satu pensyarah pun yang nak student dia gagalkan..:)

Walau hati berat untuk mengatakan begitu, tapi aku cuba, cuba n cuba berprasangka baik
Yela siapa yang tak sedih bila dikatakan 'your answers seems like you are not serius with my paper"
Takda terlintas sedikit pun dalam diri ni macam apa yang dikatakan tu
Hati mana yang tak sedih ye tak?
Mungkin diri dah rasa cukup usaha n dah beriya-iya, tapi bagi orang lain yang tengok macam takda apa2
Mungkin itu dah takdir aku
Dan dari awal class lagi aku dah kne hentam habis2 (ops,kantoi plak..:)..)
Alhamdulillah Allah bagi kekuatan dekat aku untuk teruskan pengajian aku ni hanya keranaMu ya Allah
Walau macam mana keadaan sekalipun insyaallah dengan ujian yang Allah beri itu
Aku jadikan pemangkin buat diri aku untuk terus berjaya
Semoga hati ini redha
Dan semoga Allah redha dan beri kekuatan serta kejayaan didunia dan akhirat..Amin.

Saturday, December 31, 2011

Aku Cintai Dirinya KeranaMu Ya Allah...Andainya 'dia' tahu...



Ya RABBI, jika cintaku kau ciptakan untuk dia..
Tabahkan hatinya,
Teguhkan imannya,
Sucikan cintanya,
Lembutkan rindunya.
.
Ya RABBI, jika hatiku kau ciptakan untuk dia..
Penuhi hatinya dengan kasih-Mu,
Terangi langkahnya dengan nur-Mu,
Bisikan kedamaian dalam kegelapan,
Temani dia dalam sunyi sebuah penantian.
.
Ya RABBI, ku titipkan cintaku pada Mu untuknya..
Sampaikan rinduku pada rindunya,
Bimbinglah cintaku dan cintanya,
Satukan hidupku dan hidupnya dalam cinta Mu,
Kami ingin syurga Mu dengan kasih sayang.

Amin Ya Rabb...

-pakar cinta-

*seandainya dia tahu..........*

Thursday, December 29, 2011

Jangan Kau Duga Hatiku Dengan Cinta Manusia



Ya Rabbana, 
Jangan kau duga hati kami dengan cinta manusia
Jagalah hati kami kerana Engkaulah adalah pemilik hati-hati kami
Pemilik yang kekal abadi

Ya Rabbana,
Cukuplah cinta manusia yang telah Engkau kurniakan kepada kami
Janganlah Engkau menduga kami dengan cinta manusia yang lain
Sesungguhnya kami tahu cinta manusia itu tidak akan kekal
Jika dibandingkan kecintaan terhadapMu

Ya Rabbana,
Izinkan hati kami mencintaiMu lebih dari mencintai cinta manusia
Dan janganlah biarkan hati kami mencintai cinta manusia lebih dari mencintaiMu
Seandainya kami khilaf ingatkanlah kami dengan peringatanMu

~Duhai tuhan pemilik hati~

Tuesday, December 27, 2011

Hamba Yang Selalu Khilaf





Ya, Allah..
Sayangnya Kau padaku, tetapi aku sering lalai dan leka mengingatiMu
Ampunilah dosa-dosa ku Ya,Allah..
Terima kasih Ya,Allah kerana Kau telah menyelamat aku dari hasutan syaitan durjana
Hamba yang khilaf dan sering dibuai dengan permainan duniawi

Ya, Allah..
luruskanlah hatiku agar agamaku lurus,betulkanlah hatiku agarku ikhlas selalu
Tetapkanlah hatiku agarku tak tergugat dengan ujian yang menimpa

Ya, Allah...
Bersihkanlah hatiku agar mazmumahku tidak merosakkan agamaku dan juga kehidupan orang lain
Wahai tuhan yang membolak balikkan hati kuatkanlah hatiku agar keyakinanku tak berubah..

Amin Ya Rabb

Wednesday, December 14, 2011

Muhasabah Diri



Andai kita mati sebentar lagi..
apa yg dah kita buat utk ibu bapa kita?
cukupkah amalan kita?
apa yg kita tinggalkan? perkara yg baik? atau sebaliknya?adakah syurga milik kita?

Ya Allah, saat kami ingin berlaku taat, syaitan telah menghasut kami utk brmalas-malasan, maka ya Allah jauhkanlah syaitan dr diri kami seperti mana Kau jauhkan dia dari keampunan Mu.. Ya Allah kami hamba yg lemah, maka kuatkan lah kami ya Allah.. ya Allah tetapkanlah kami atas jln mentauhidkan Mu.. jauhkan lah kami thagut dunia yg menyesatkan kami ya Allah..ya Allah jgn Kau jadikan liang lahad kami sbg liang neraka..jadikanlah mardhatillah matlamat kami .. istijabilllahumma dua'ana..
Amin..

Tuesday, December 6, 2011

Luahan Hati



Ya,Allah jika takdirmu ini ingin menyedarkan aku,
Aku redha ya,Allah..
Aku tahu ya,Allah,
Sesungguhnya peringatan yang Kau berikan kepadaku,
Menunjukkan Kau masih sayang kepadaku..
Aku sedar ya,Allah..
Didalam kehidupan didunia yang sementara ini
Kita tidak selalu berada diatas,
Dan juga tidak akan sentiasa kekal dibawah..
Hanya yang kita perlukan adalah usaha,doa dan tawakal..
Ampunkan dosa-dosa hambamu diatas kekhilafannya wahai tuhan yang Maha Pengampun


Syukur Alhamdulillah tuhan masih sayangkan kita...:)

Monday, December 5, 2011

Luahan Dari Seorang Ikhwan



Duhai akhwat yang kukagumi
Yang memiliki iman di hati
Dengarlah suara hati para lelaki
Sudahi menebar simpati
Hentikan bermanja pada kami
Kami ikhwan biasa yang tidak suci
Yang ingin teguh di jalan Ilahi Rabbi...
Duhai yang kukasihi para akhwat
Yang memiliki malu, hormat dan martabat
Kami adalah pria biasa yang mudah terpikat
Iman kami tak sekuat para nabi dan sahabat
Kecantikanmu menembus hati yang taat syariat...

Duhai akhwat yang kusanjungi
Jangan ajar emosi dan jiwa kami dengan perhatian yang murah
Jiwa ini terasa gerah dengan pujian yang membuncah...
Duhai akhwat yang kupuja
Engkau adalah mutiara berharga
Harapan bangsa dan agama
Akhlak juga harus dihiasi dengan lembaran hidup dalam agama
Engkau akan terlihat anggun

Bukan kerana perhiasan-perhiasanmu
Tapi kerana sikapmu yang santun
Engkau semakin mempesona
Dengan izzahmu yang terjaga
Engkau semakin cantik memikat
Kerana keperibadianmu yang berlandaskan syari'at
Renungkanlah duhai akhwat…

Renungan utk diri sendiri dan semua...:)