
Sabar ketika ditimpa musibah adalah sesuatu yang sangat sulit untuk dilakukan. Hal itulah yang akan membezakan level keimanan seseorang. Semakin besar ujian yang diterima dan dia dapat bersabar maka semakin tinggi pahala dan darjat seseorang.
Salah satu ujian kesabaran bagi seorang muslim adalah sakit. Sakit banyak hikmahnya, diantaranya:
Salah satu ujian kesabaran bagi seorang muslim adalah sakit. Sakit banyak hikmahnya, diantaranya:
1. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya. Penyakit yang ditanggung oleh seorang hamba menjadi sebab diampunkan dosa yang telah dilakukan termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuh. Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.”
(HR. Tabrani).
2. Orang sakit yang bersabar akan mendapat pahala dan ditulis untuknya bermacam-macam kebaikan dan ditinggikan darjatnya. Rasulullah Muhammad Saw bersabda, “Tiadalah tertusuk duri atau benda yang lebih kecil dari itu pada seorang Muslim, kecuali akan ditetapkan untuknya satu darjat dan dihapuskan untuknya satu kesalahan.” (HR. Muslim dari Aisyah ra).
3. Sebagai timbal baliknya, ia akan selamat dari seksa neraka. “Aisyah Ummul Mukminin menerangkan sabda Rasulullah Saw bahwasannya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka.” (HR. Al-Bazzar)
4. Selalu ingat kepada Allah. Dalam keadaan sakit akan membuat orang merasa benar-benar lemah, tidak berdaya sehingga ia akan bersungguh-sungguh memohon perlindungan kepada Allah Swt., yang mungkin telah ia lalaikan selama ini. Kepasrahan ini pula yang menuntutnya untuk bertaubat.
5. Pembersihan hati dari penyakit. Pendapat Ibnu Qayyim, “Kalau manusia itu tidak pernah mendapat cubaan dengan sakit dan pedih, maka ia akan menjadi manusia ujub dan takabur. Hatinya menjadi kasar dan jiwanya beku. Kerana musibah dalam bentuk apapun adalah rahmat Allah yang disiramkan kepadanya. Akan membersihkan karat di jiwanya dan menyucikan ibadahnya. Itulah ubat dan penawar kehidupan yang diberikan Allah untuk setiap orang beriman. Ketika ia menjadi bersih dan suci kerana penyakitnya, maka martabatnya diangkat dan jiwanya dimuliakan. Pahalanya pun berlimpah-limpah apabila penyakit yang menimpa dirinya diterimanya dengan sabar dan redha.”
Ya,Allah..semoga dengan kesakitan yang Kau kurniakan ini adalah sebagai penghapus dosa2 ku yang lampau..Amin

No comments:
Post a Comment